Tips Memilih Domain Yang Bagus
Apa itu Domain?Sebelum saya bercerita tentang tips-tips yang baik, adalah baiknya saya tanyakan kepada anda. Apakah yang dinamakan domain? Mungkin makna secara tepat dan ilmiahnya boleh anda dapatkan daripada dari kamus-kamus ataupun wikipedia di internet.
Secara mudahnya, domain adalah nama alamat atau url yang harus ada pada sesebuah blog ataupun laman web. Mengapa saya katakan harus dan bukannya wajib ( tidak merujuk pada hukum fiqh)? Ini kerana tanpa domain pun web atau blog anda masih boleh diakses asalkan ianya mempunyai IP yang boleh diakses oleh pihak luar.
Contohnya adalah seperti :
- http://172.16.16.240:8080/blog/index.asp ( url tanpa domain )
- http://www.mohdrazani.com ( url dengan domain )
- http://www.irfankhairi.com
Jenis – jenis Domain
Mudah sahaja untuk mengkelaskan jenis-jenis domain. Ianya samaada “percuma” atau “berbayar”. Anda boleh mendapatkan domain anda secara percuma di penyedia-penyedia tertentu yang mungkin bersekali dengan perkhidmatan hosting percuma. Contohnya seperti :
- http://ikanbilis.blogspot.com ( www.blogspot.com )
- http://ikanbilis.wordpress.com ( www.wordpress.com )
- http://ikanbilis.cjb.net ( www.cjb.net )
Bagi domain berbayar, anda perlu menyelenggara yuran secara tahunan. Domain berbayar membolehkan anda memilih nama yang anda sukai tanpa diganggu oleh nama-nama asing tambahan pada domain anda. Untuk blog saya ini, saya telah membelinya di exabytes.com.my. Ini bermakna anda berhak untuk menetukan apakah jenis-jenis domain yang ingin dimiliki seperti :
- mohdrazani.com
- mohdrazani.net
- mohdrazani.com.my
- mohdrazani.biz
Tips-Tips Memilih Domain :
- Identik :Ini bermakna domain anda harus menajdi identiti web atau blog anda. Ianya haruslah mewakili aktiviti yang anda lakukan samaada ianya bersifat peribadi, sosial ataupun komersial.
- Sambungan .com : Ia hanya sebagai saranan kerana .com bersifat lebih popular berbanding yang lain. Jika ianya sudah digukan oleh pihak lain, barulah dipertimbangkan untuk menggunakan .net, .com.my, .biz dan lain-lain lagi.
- Mudah diingat : Berikan keunikan pada web atau blog anda dengan nama yang mudah dan ringkas dingat.
- Jangan terlalu panjang : Ringkaskan domain anda agar tidak keterlaluan panjangnya. Jika ianya melibatkan dua sukukata atau lebih, cuba gunakan “-” sebagai alternatif agar ianya menarik dan mudah di fahami.
- Periksa domain : Periksalah domain yang anda inginkan sebelum mendaftarnya kerana mungkin ianya telah digunakan oleh pihak lain. Ianya boleh anda lakukan di penyedia perkhidmatan. Contoh : exabytes.com.my.
- Senang disebut & dieja : Pastika jua ianya mudah disebut dan dieja. Adakalanya, domain yang sukar dieja dan disebut akan menyukarkan memori seseorang untuk memanggilnya.
- Gunakan nama yang sopan : Ini sekadar nasihat. Orang kata nama akan menggambarkan tuannya. Seumpama memilih dan memberi nama anak, pilihlah nama-nama yang baik kerana pada nama itu terkandung unsur-unsur doa.
Sebagai akhirnya, anda juga boleh bertanya dan merujuk kepada pihak-pihak yang lebih arif berkenaan domain agar pemilihan domain anda berbaloi dengan wang ringgit yang anda laburkan. Jadi apa tunggu lagi, jomlah dapatkan domain anda sekarang juga!
Categories: Transit Entry




