Home > Transit Entry > Kelahiran Pertama Cahaya Mata

Kelahiran Pertama Cahaya Mata

Alhamdulillah ….. Putera sulung kami telah selamat dilahirkan di HUKM pada 17 Ogos 2009 pada pukul 7.30 petang. Penantian lebih dari 18 jam selepas isteri di masukkan ke wad bersalin berakhir dengan kelahirannya. Kesakitan yang ditanggung oleh si ibu amat berat sekali kerana selepas 11 jam air ketuban keluar, bayi masih belum menampakkan tanda untuk keluar.

Sehingga pemeriksaan terakhir dibuat, jalan hanya terbuka sebanyak 5cm. Kesakitan semakin kuat tetapi degupan jantung bayi dilihat semakin lemah pada mesin kawalan. Doktor mengesahkan bahawa bayi telah sedikit lemas kerana telah mengeluarkan najis didalam rahim. Sebagai mengambil langkah keselamatan untuk si ibu dan bayi, kelahiran bayi saya terpaksa melalui kaedah “ceaserean”.

Selepas sejam berada di bilik pembedahan, segalanya telah selamat berlaku. Isteri saya selamat dan bayi kami juga selamat. Ibu dan bayi terpaksa di pisahkan di wad yang berasingkan memandangkan bayi saya mengalami kesukaran bernafas dan perlu menjalani tempoh rawatan rapi yang khusus selama 4 hari.

Selagi lagi kami bersyukur kerana setelah 4 hari di wad ICU, semuanya disahkan stabil dan selamat. Keputusan ujian X-ray juga tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan kronik pada organ dalaman bayi terutamanya paru-paru. Pola penyusuan bayi juga berjalan lancar dan bayi kami juga terhindar dari tanda-tanda ‘jaundis’ ataupun demam kuning.

Ismi Muhammad Farhi

Semasa entri ini dikemaskini, usia bayi kami telah pun mencecah hari yang ke tujuh. Mengikut amalan sunnah Rasulullah, disunatkan untuk kita memberikan nama yang baik untuk si bayi, membuat aqiqah dan juga di cukur rambut kepalanya.

Dengan ini, pada hari ketujuh kelahirannya, kami telah mencukur rambutnya dan kami berikan nama bayi kami Muhammad Farhi. Muhammad kami letakkan di hadapan namanya sebagai mengambil keberkatan safaat Nabi Muhammad S.A.W.

Farhi bermaksud kegembiraanku ataupun kegiranganku. Ianya adalah perkataan Arab yang berasal dari perkataan “faraha’ yang bermaksud gembira. Nama itu adalah doa. Semoga ianya akan menjadi doa yang mustajab dan bayi akan menajdi manusia yang akan disenangi dan tidak menyusahkan mana-mana pihak kelak.

Duhai anakku…membesarlah kamu dengan rahmat Allah. Semoga menjadi insan yang soleh kelak. Amin.

Sebagai akhirnya, suka saya kongsikan sebuah lagu ini untuk tatapan dan renugan kita bersama.

Cahaya Mata

Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam

http://liriknasyid.com

Sallahu’alamuhammmad Sallahu’alaihiwassalam Sallahu’alamuhammad Sallahu’alaihiwassalam

Anak-anak adalah cahaya mata
Penghibur hati penyejuk mata
Nikmat ALLAH yang paling bahagia
Nisbah benda lahirlah di dunia
Amanah ALLAH yang mesti dijaga

Diasuh dan dipelihara
Mencuaikan khianat dan dosa
Zahirnya ibubapa yang mendidik mereka
Hakikatnya adalah Tuhan Yang Esa
Bimbing mereka dengan bijaksana

Apakah akan jadi Yahudi?
Jadi Nasrani atau Majusi?
Moga jadi Mukmin yang sejati
Bersabarlah mendidik mereka

Mereka bagai kain putih
Yang lahir dengan suci bersih
Corakkanlah berhati-hati
Besarkan dengan akhlak terpuji

Permata pada ayah bonda
Sinaran bahagia membawa ke Syurga
Bersyukur kepada yang Esa
Atas anugerah nikmat dan rahmatNya

Bentuklah mereka sedari kecil
Taati ajaran agama
Anak soleh harta berharga
Doa mereka untik kita
(Kenang kita dalam doanya)

LAGU:INTEAM & Nada Syahdu
Lirik :INTEAM & Nada Syahdu

Advertisement
Categories: Transit Entry
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.