Home > Isu Semasa > 27032010 : Kesinambungan versi “Earth Hour”

27032010 : Kesinambungan versi “Earth Hour”

Domain yang saya beli setahun lalu rupanya telah tamat tempohnya pada 21/02 yang lepas. Perkara itu tidak saya sedari sehingga saya cuba untuk mengakses mohdrazani.com dan ternyata ianya gagal dikesan.

Aktiviti kerjaya yang terlalu padat dan bebanan kerja yang agak meruncing menjadikan aktiviti “blogging” menjadi agak sepi dan muram sejak kebelakangan ini. Saya bercadang untuk mengambil tempoh bertenang, dan memulakan semula apa yang pernah saya bina. Maka, untuk tempoh masa yang ada saya bermukim di sini semula tanpa domain mahupun hosting berbayar.

Earth Hour

Baru sebentar tadi seluruh dunia telah melalui tempoh “earth hour” selama sejam bermula jam 8.30 – 9.30. Rasanya sebahagian besar (rasanya tidak semua) rakyat Malaysia telah bergelap.

Ianya merupakan satu perkara yang bagus untuk menjetik kesedaran orang ramai. Setidak-tidaknya mereka akan bertanya mengapa kempen ini diadakan. Dari sinilah kita akan mendengar istilah-istilah seperti “Carbon Foot Print”, Kesan Rumah Hijau, Lapisan Ozon dan sebagainya. Kalau nak tahu lebih lanjut, rajin2lah menggogle ya.

Bagi sesiapa yang berminat, anda bolehlahmengikuti perkembangan terkini tentang aktiviti ini di url berikut :

http://www.google.com.my/search?q=Earth+Hour&hl=en&client=firefox-a&hs=QaY&rls=org.mozilla:en-US:official&tbs=nws:1&tbo=u&ei=GiWuS4-qD8yzrAe94dmZDA&sa=X&oi=news_group&ct=title&resnum=1&ved=0CBEQsQQwAA

Untuk mengetahui fakta kempen “Earth Hour”, anda bolehlah membuat bacaan di laman web Wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/Earth_Hour .

Berikut pula ialah laman web rasmi kempen “Earth Hour”  : http://www.earthhour.org/

Kempen ini boleh dilihat dari pelbagai aspek seumpama penjimatan tenaga, mengurangkan kesan karbon terhadap pemanasan global dan dari aspek individu ianya boleh dilihat dari aspek pembaziran.

Selamat bergelap!

Advertisement
Categories: Isu Semasa Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.